Penghidupan merupakan satu perjalanan yang pasti diterokai dan dilalui dengan satu kelumpuk budaya yang diwarisi oleh kaum sebelumnya. Kemudian proses perubahan akan berlaku sesudah kaum itu ada jalinan dengan kelompok kehidupan yang lain. Maka bancuhan budaya turut berubah daripada yang sedia ada kepada budaya diterima atau yang ditolak.
Umpamanya sebuah penempatan kolompok manusia berada di hutan belantara, beralih kepada sebuah desa, seterusnya akan berubah menjadi sebuah kota . Dengan perubahan itu, turut berubahlah tradisi budaya yang ada kepada satu budaya yang dibawa oleh kaum yang menjadi penghuninya.
Sebagai contoh saorang pelajar desa, berhijrah ke pusat pengajian di kota , terpaksa ia mengikuti system pelajaran yang ditetapkan oleh sekolah yang berkenaan. Pelajar tersebut mestilah akur dengan apa yang system di sekolah itu.
Kembali kita kepada penghidupan insan-insan desa, pastinya disana ada memiliki amalan budaya yang tersendiri. Penulis ingin mendedahkan tradisi penghidupan sebuah desa yang bernama Kampung Padang Hangus berada dalam Mukim Jabo, Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Yang menariknya, penduduk kampung ini hidupnya bersatu padu dalam menjalani penghidupan mereka. Amalan cara hidupnya berlandaskan Bersatu Teguh Bercerai Roboh. Berkonsepkan kerjasama dalam melaksanakan ibadat dan tradisi menjadi amalan meraka.
Semangat kunjung mengunjung menjadi tradisi yang kuat. Setidak-tidaknya sekacip pinang sepiak sirih menjadi hidangan sebagai menghormati kunjungan tetamu yang bertandan ke rumah mereka. Apatah lagi jika ada majlis kenduri kendara, mesti mereka menjamu selera bersama-sama. Terutamanya di hari-hari kebesaran agama, seperti samabuatan Maulidul Rasul, Hari Raya dan lain-lain.
Desa Padang Hangus khususnya di Negeri Kelantan amnya. Pada hari raya Aidiladha, mereka laksanakan ibadt korban. Boleh dikata setiap tangga penduduknya mengambil bahagian berkongsi korban lembu,kerbau atau kambing sempena sambutan hari lebaran itu.
Telah menjadi tradisi turun temurun dalam masyarakat
mereka, orang ramai terutama jiran-jiran akan dijemput
untuk makan bersama menikmati hidangan jaudah yang
disediakan, dari satu rumah ke satu rumah. Mengambil
keberkatan mengikut tuntutan agama, sebelum santapan
diadakan majlis tahlil dengan disusuli doa.




No comments:
Post a Comment