Wednesday, October 22, 2008

Rezeki diteroka, suasana berbeza

Petugas di Pejabat




Memetik Buah Duku di atas pokok


Kita dapat bezakan di antara insan yang menerokai rezeki, ada yang mendapat melalui suasana yang selesa, sementara di sebaliknya terpaksa menggunakan tenaga kasar, namun yang dicarinya adalah benda yang sama. Itulah........


Itulah hakikatnya rezaki yang diperolehi melalui cara yang berbeza. Bak kata yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang. Maksudnya mestilah berusaha untuk memperolehi ganjaran biar apa jua caranya. Lebih berusaha mengaturkan perjuangan, pasti mengalas kejayaan.
Rata-rata individu inginkan kekayaan dan kemewahan biarpun terpaksa menerokai berbagai-bagai persimpangan..............................Dipersimpangan ini lah sering berlaku kesilapan memilih arahtuju. Kadang-kadang lupa kepada panduan dek kerana terpesona dengan situasi semasa. Apabila sudah lupa diri berada di mana, maka akan lupa bahawa setiap perjalanan itu mempunyai isyarat yang mesti dipatuhi.
MESTI INGAT
" Hidup di kandung adat. mati di kandung tanah "
DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.